Sinopsis Syurga Itu Bukan Mudah

Mengisahkan tentang Aileen, wanita yang mempercayai bahawa cinta dan kesetiaan kepada suami merupakan kunci ke “Syurga”. Dia disatukan dengan Farid, yang digambarkan sebagai suami yang sempurna dari segi agama dan tanggungjawab keduniaan telah mula menampakkan identitinya yang disembunyikan disebalik perwatakan yang baik.

Tingkah laku jahat Farid mengubah kehidupan perkahwinan mereka menjadi seperti “neraka” dan mendatangkan lebih banyak rintangan dan cabaran kepadanya selepas merungkai sisi gelap suaminya yang terlibat dengan sebuah kumpulan yang dipanggil ‘Alpha Male Society’.